Wednesday, September 2, 2009

Wednesday, August 26, 2009

"Ahlan Wassalan Ramadhan"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


(Marilah kita meningkatkan Amalan di bulan Ramdhan.Pujoklah Hati untukk solat 5waktu berjemaah,Jangan kita tewas dengan diskaun di pasar raya & Makan Buffet di Hotel2,Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik )

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 22nd,August.09,Surau Darul Salam telah mengatur beberapa program khusus bagi mengisi keberakatannya.

Di antaranya dan Angaran perbelanjaannya adalah;

1-Berbuka puasa Dan Morei -RM 3,000.00
2-Majlis berbuka Puasa pada 19th, Ramadahan Bersamaan 9th,September.09- RM 2,500.00
3.Agihan Bubur Lambuk - RM6,000.00

Semoga kita mendapat hidayah dan dilapangkan masa untuk bersama-sama memanfaatkan kebarkahan Ramadhan dengan solat Tarawih,tahajud,tadarus dan yang berkaitan dengan ibadah serta di beri kesihatan yang baik untuk kita menikmati Ramadhan tahun Ini,

Dari itu Sumbangan Ikhlas dari Muslimin & Muslimat Boleh diajukan kepada Imam Surau.

Maksud hadith Nabi SAW
"sebaik-baik sedekah ialah bersedekah pada bulan Ramadhan"Riwayat Tarmidzi dari Anas.

"Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun
"Riwayat Termidzi dari zaid Bin Khalid'


Tuesday, August 4, 2009

Majlis ilmu Di Surau Darul Salam Paka NisbuSya'ban


"Malam Nisfu Sya'ban 'dikatakan para malaikat akan memindakan & menutup segala daftar amalan.Allah SWT Yang Maha Pengampun memberi peluang untuk hambanya membersihkan rekod amalannya khasnya pada setiap bulan dimalam Nisfu Sya'aban,

"Marilah kita sama sama Membaca Surah Yassin selepas solat maghrib 5/8/09 Di Surau Darul Salam Paka,"yang akan di pimpin oleh Tuan Imam Hj.Bakar (Pak Bakar) moga dikabulkan oleh Allah SWT.

i) Yasin yang pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
ii) Yasin yang kedua : mohon rezeki yang halal.
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman & mati didalam Iman.

"BERTAUBAH & MUNAJAT kepada Allah SWT "pada tengah malam ini juga amat digalakan" Wallahua'lam.

Thursday, June 18, 2009

Tarikh2 penting

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM

TAHUN 2009 / 1430 - 1431 H BAGI MALAYSIA


Tarikh hijri………….Tarikh Miladi………Hari Perayaan Islam

12 Rabiulawal 1430…………09 Mac 2009………………Maulidur Rasul

27 Rejab 1430………………20 Julai 2009………………Israk dan Mikraj

* 1 Ramadhan 1430………..22 Ogos 2009……………...Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1430……. 07 September 2009…… Nuzul Al-Quran

*1 Syawal 1430…….. …..20 September 2009…… Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1430…… …..18 November 2009……. Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1430……. 27 November 2009 …….Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1431……… 18 Disember 2009…….. Awal Muharam/Maal Hijrah

Suraudarulsalam@blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

Nama Allah


بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Tiada Tuhan Malainkan Allah Muhamaad itu pesuruh Allah.

Allah adalah nama Tuhan yang disebut dalam al-Quran sebanyak 2,698 kali,sebagaimana ayat dalam surah Taha
اِنَّنِىۡۤ اَنَا اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنَا فَاعۡبُدۡنِىۡ ۙ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكۡرِىۡ

Sesungguh,Aku ini Allah,tiada ada tuhan selain Aku,maka sembahlah Aku dan laksanakanlah salat untuk mengingat Aku.(Q99-20:14)

Friday, June 5, 2009

Ahlan Wassalan Ramadhan


SURAU DARULSALAM MEMOHON SUMBANGAN DERMA BAGI MENGADAKAN PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI

i. Agihan Bubur Lambuk ii. Majlis Berbuka Puasa (pada 19 Ramadhan bersamaan 09hb,Sept.09 -Rabu) Semua dijemput hadir.

DERMA SAUDARA/SAUDARI BOLEHLAH DISALURKAN KEPADA:-

i. Tn Hj. Muhammad Bin A. Bakar (KEDAI RUNCIT HIDAYAH) ii. Tn Hj. Bashirun Bin Hj. Ali (BASHIRUN RESTORAN) iii. Tn Hj. Abu Bakar Bin Awang (IMAM SURAU DARULSALAM)

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SUMBANGAN ANDA"

SABDA RASULULLAH SAW "Apabila meninggal seseorang itu, maka putuslah segala amalannya melainkan ilmu yang memberi manfaat, sedekah jaraih dan anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya." (HR Muslim)


(Surah Ali'Imran. Ayat 134.)
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”.
"Kullu am wa antum bi-khair" (Semoga berbahgia/beramal sepanjang tahun)

Thursday, June 4, 2009

Surau Darul Salam diubah suai.may 09




"Pintu hadapan diUbah suai untuk bahagian Muslimah" may09 bagi menyediakan tempat solat yang lebih selesa sempena menyabut Ramadhan tahun ini..
”Sesunguhnya sembahyang diwajibkan atas orang-orang beriman dengan penetapan yang sudah ditetapkan waktunya (An-Nisa-4:103)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.