Wednesday, February 20, 2008

majlis ilmu May 2009



AHAD : Kitab Riadhus Shalihin
Penyampaian Ustz, Syed Alwi

ISNIN : (Minggu ke-3) Ratib Al-Hadad
Penyampain:Ustz: Hj Mohd Arif (Hadralmout.Yamen)

SELASA; Kitab Solat sempurna
Penyampain-Ustz Mahaji

RABU : Kitab Sifat 40
Penyampai : Tuan Iman Hj Ismail ,

KHAMIS ;Bacaan Yasin & Tahlil
Di kelolakan :Tuan Imam HJ. Bakar

JUMAAT : Kitab Tajdibu Athrob Alhadis
Penyampai : Ustz Hatta Hj Bakar

SABTU :
Tadrus Al'Quraan:
"Salah satu tanda kesempurnaan kita terhadap al-Quran adalah sentiasa membacanya-Sebagaimana firman Allah (SWT) :

"orang-orang yang telah kami beri kitab,mereka membacanya sebagaimana mestinya,mereka itulah yang beriman kepadanya.Dan barang siapa engkar kepadanya mereka itulah orang-orang yang rugi"QS Al-Baqarah 121)


Gunakan yang lima sebelum datang yang 5; masa
mudamu sebelum datang masa tuamu,masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu,masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu, masa hidupmu sebelum datang kematianmu, (HR Al-Hakim:sanadnya sahih)

" Ya Allah, Kau cucurilah hidayah Mu dan kasih sayangMu demi memelihara ke-Imanan dan kebaikan kami ini kerana kamitahu hanyaMu Ya Allah yang mampu menjaga dirikami lebih baik darikami.”Amin ya RabulAlamin

WALLAHU’ALAM…

maulidul rasul

Bersempanaan dengan Rabial a'waal.1429 (20th,march.2008,)Ahli jemaah Surau Darulsalam Paka akan mengadakan activity bagi menyabut Maulidul rasul pada Hari khamis malam Jumaat,Selepas Sembahyang magrib ,Selapas solat Ishak.

Activity; Bacaan Selawat & Barzanzi.

Dari itu kedatangan Saudara & Suadari Amatlah dialukan.

Sekian Terima kaseh.

Keterangan lanjut boleh hubungi ; Tuan Iman Darulsalam :
Hj Bakar @pok Bakor 019-9155364


(﴿ بِسْم ِاللهِ الرَّحْمانِ الرَّحِيْم. ﴾)
"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam"

Hari Maulidul Rasul mengingatkan kita tentang pengorbanan agung Nabi Muhamad SAW, Mengorbankan jiwa raga demi menegakan Islam Memerintah mengikut perlembagaan Dalam
Al'quran.

Soalnya, periksalah diri kita, apakah selama ini kita yang asyik dan rindu untuk melihat sebuah negara Islam ditegakkan - negara yang mendaulatkan hukum Tuhan, negara yang bersih dari rasuah dan salahguna kuasa -- tetapi dilihat dari kerja yang kita buat, ia bagaikan usaha pinggiran yang tidak pernah serius.

Kita banyak berangan2 dan kemudiannya melepaskan nafas kecewa kerana dihalang dengan pelbagai tekanan dan kezaliman. Sampai bila kita mesti duduk membilang hari sedangkan pihak musuh dengan segala kelengkapannya berusaha siang malam untuk menjahanamkan kita.
Apakah wang ringgit telah kita korbankan untuk perjuangan mulia ini? Apakah masa lapang telah kita korbankan demi perjuangan suci ini? Apakah kita sanggup menggadai nyawa hanya untuk melihat kezaliman yang bertakhta ini ditewaskan?

Hentikanlah segala keluhan dan kekecewaan itu. Tapi yakinlah, Allah akan bersama-sama kita dalam perjuangan suci ini, insya-Allah.

Dan, prasyarat utamanya ialah kita mesti berkorban Hawanafsu kita dengan melakukan solat berjemaah demi perjuangan mengirat kan diri kita dengan Tuhan...Allahu Akbar

(Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam). (QS10:25)

WALLAHU’ALAM