Profil Pengasas

Tn Hj Abu Bakar Tawang adalah anak watan Paka, Dungun Terengganu. Lahir pada tanggal  19 Ogos 1944. Telah mendapat dididkan awal di SK Paka dan terusnya berkhidmat sebagai pembantu am rendah di SK Paka. Beliau juga telah menabur bakti dengan menyertai Pasukan Wataniah di zaman penghirahan pelarian kampucia. Beliau telah beristeri dan mempunyai 7 orang anak, 5 lelaki dan 2 orang perempuan. 




Sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa taat perintah Allah SWT, beliau menabur bakti dengan memberi kelas bimbingan mengaji Al-Quran kepada anak -anak disekitar Paka. Beliau telah mewaqafkan sebahagian tanah beliau untuk pembinaan sebuah surau yang kini dikenali sebagai Surau Darul Salam. Surau ini telah dibina pada 1990, dengan keluasan 10,000 kaki persegi di kedua-dua aras, dapat memuatkan seramai 500 jemaah. 

Kesungguhan dan kegigihan beliau bersama-sama dengan jemaah yang saling bantu membantu telah menjadikan Surau Darul Quran sebuah surau yang aktif menyibarkan syiar Islam. Pada tanggal 21 Ogos 2011, Tn Hj Abu Bakar b. Tawang telah kembali ke Rahmatullah kerana serang lemah jantung di Hospital Daerah Dungun. Jenazah beliau telah disempurnakan di Surau Darul Salam dan telah disolatkan jenazah beliau boleh beribu jemaah yang mengenali Allahyarham sebagai seorang hamba Allah yang  melaksanakan tanggungjawab Ikhlas kerana Allah SWT.

  "Apabila perjanjian dengan Allah sudah tiba, ia tidak awal atau lewat walau sesaat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan Tn Hj Abu Bakar Tawang bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh."
Al-Fatihah.

Kini tugas mengimarahkan surau dan melaksanakan  amanah Allahyarham adalah dipikul oleh anak Allahyarham Ustaz Mohd Hatta b. Abu Bakar kita semua. Sama-samalah kita berjuang untuk menjadikan amal jariah hamba Allah yang bernama Tn Hj Abu Bakar b Tawang sebagai mutiara dan Taman Ilmu untuk penyebaran Syiar Islam di muka bumi Paka yang ketandusan dakwah Islam.